Post-mortem Majlis Anugerah Dekan telah dilakukan pada waktu tengah hari, 9 April 2009 di BK11 dengan kehadiran Pengarah Program, Cik Baby Anusha Nur; Cik Melina; 12 orang wakil daripada Mass Communication Students Association (MASSA) dan 4 orang wakil daripada Sekretariat Mahasiswa Fakulti (SMF). Antara penambahbaikan yang diperoleh hasil daripada post-mortem ini adalah:
- perlunya ada 'back up plan' yang dirancang lebih awal untuk digunapakai sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini semasa majlis berlangsung.
- masa memainkan peranan yang sangat penting untuk melihat 'flow' perjalanan program berjalan lancar, oleh itu masa yang direkodkan ketika raptai penuh adalah sangat mustahak!
- komunikasi yang berkesan memudahkan arahan sampai dari satu pihak ke satu pihak yang lain dengan baik, maka elakkan berlakunya masalah dalam berkomunikasi.