About Me

My photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

Sunday, September 12, 2010

Pelajar Wajib Lengkapkan SuFO

Student Feedback Online (SuFO) sudah mula beroperasi mulai 6 September 2010 lalu sehingga 17 Disember 2010. Semua pelajar diwajibkan untuk melengkapkan penilaian untuk setiap subjek secepat yang boleh. Kegagalan melengkapkan SuFO akan menyebabkan anda gagal memperoleh keputusan peperiksaan Oktober 2010.

Tiga perkara wajib dilaksanakan untuk mendapatkan keputusan peperiksaan adalah melengkapkan pendaftaran subjek, melengkapkan SuFO dan membayar yuran kolej (bagi yang berkenaan)

KLIK SINI untuk membaca panduan melengkapkan SuFO.

Sebagai pensyarah tugas mereka adalah untuk mengajar dan memberi ilmu dengan cara terbaik. Alhamdulilah kebanyakan pensyarah UiTM menjalankan amanah dengan baik. Tetapi ada juga yang abaikan tugas utama mereka. Demi kepentingan pelajar dan kebolehpasaran pelajar sebagai Naib Canselor saya perlu tahu siapa yang datang mengajar dan tidak. Setiap kuliah perlu ada kesannya dari segi kefahaman. Feedback boleh digunakan untuk memperbaiki cara dan teknik pengajaran dan pembelajaran. Saya minta kerjasama semua pelajar untuk mengisi borang feedback. Pengajaran dan pembelajaran yang bermutu akan menjaminkan kualiti di UiTM. Mengisi borang tersebut adalah satu tanggungjawab sebagai seorang mahasiswa.

- Naib Canselor UiTM, Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...