Selepas lebih setahun ditutup untuk proses naik taraf dan pengubahsuaian, kini Pusat Islam UiTM Shah Alam telah beroperasi semula untuk kegunaan warga UiTM. Pengumuman pembukaan semula Pusat Islam telah diwar-warkan sendiri oleh Naib Canselor UiTM, Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar di dalam status Facebook beliau semalam (Jumaat, 20 Ogos 2010);
"Alhamdulillah, dengan penuh kesyukuran ingin saya maklumkan bahawa masjid (Pusat Islam) di Shah Alam (UiTM) telah dapat beroperasi semula mulai fardu Jumaat sebentar tadi. Lebih kurang 7,000 jemaah pada satu-satu masa dapat dimuatkan dan dilengkapi pendingin hawa. Saya menyeru kepada semua warga supaya menggunakannya dengan baiknya. Saya juga akan meminta supaya surau-surau di kampus cawangan tidak ketinggalan bagi dinaik taraf." - Naib Canselor
Semoga Pusat Islam dapat diimarahkan oleh semua umat Islam untuk beribadah lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan yang mulia ini.