About Me

My photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

Friday, August 06, 2010

Pertandingan Poster Kemerdekaan Cili Padi 2010


AdCub (Kelab Periklanan, MC224) Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM), UiTM Shah Alam akan menganjurkan Pertandingan Poster Kemerdekaan Cili Padi 2010. Pertandingan ini telah dianjurkan sebanyak 2 kali di peringkat FKPM dan 2 kali juga di peringkat UiTM. Pada tahun ini, seperti pada tahun 2005 dan 2007, pertandingan ini akan dibuka kepada semua penuntut UiTM di kampus Shah Alam serta kampus-kampus cawangan.

Berikut adalah tema-tema yang pernah dipilih sempena sambutan kemerdekaan yang terdahulu:
  • Merdeka Print AD Competition 2003 : Perpaduan Kaum di Malaysia
  • Merdeka Print AD Competition 2004 : Kebebasan daripada Penjajahan
  • Merdeka Print AD Competition 2005 : Peace, Prosperity, and Progress
  • Merdeka Print AD competition 2007 : Rebranding Malaysia: The next 50 years.
Pada tahun ini tema yang dipilih ialah
INNER ELEMENTS: 1 MALAYSIA’.

Borang penyertaan pertandingan boleh dimuat turun DI SINI dari 1hb Julai hingga 30hb Ogos 2010 dan terbuka untuk semua penuntut UiTM.

Para peserta bebas untuk menghantar seberapa banyak penyertaan, berupa poster untuk media cetak, sama ada didalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Hasil kerja yang di cipta dan direka untuk pertandingan ini mestilah sesuai untuk di siarkan di dalam media-media cetak seperti suratkhabar atau majalah.

Hasil akhir ciptaan para peserta mestilah dihantar dalam saiz A3, dan berformat PDF. Semua penyertaan perlu dihantar secara ‘online’ ke cilipadiuitm2010@gmail.com.


Untuk maklumat lanjut layari blog rasmi Cili Padi UiTM 2010.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...