About Me

My photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

Monday, August 02, 2010

Hari Mesra PTAR 2010


Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR)
UiTM Shah Alam akan menganjurkan Hari Mesra PTAR 2010 dengan bertemakan “Mesra@PTAR”. Pelbagai aktiviti akan diadakan bagi tujuan mempromosikan perkhidmatan dan mendekatkan pelanggan dengan pihak perpustakaan. Setiap bahagian di perpustakaan akan menyediakan maklumat di booth masing-masing bagi memperkenalkan fungsi utama mereka kepada pelanggan UiTM. Program akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 3 dan 4 Ogos 2010 (Selasa dan Rabu)
Masa: 8.30 pagi hingga 4.30 petang
Tempat: Perpustakaan Tun Abdul Razak 1
Aktiviti:
  • Ceramah How to get you book published
  • Ceramah Understanding The Book Industry and Introduction Book Selling
  • Pesta Buku
  • Klinik Pangkalan Data Dalam Talian
  • Aktiviti Bersama Pengunjung (Siapa Cekap & Cepat, Roda Ilmu, Info Hunt)
  • Aktiviti bersama Kanak-Kanak Tadika dan Sekolah Rendah
  • Nasyid oleh Rumah Penyayang Ar-Raudah
Pengunjung yang berjaya menjawab kuiz dengan betul dan cepat akan menerima hadiah yang menarik.

SEMUA WARGA UiTM DIJEMPUT HADIR






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...