About Me

My photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

Thursday, July 15, 2010

UiTM Tawar PJJ Percuma Kepada Polis


  • UiTM Shah Alam mohon kelulusan PDRM untuk menyerap kakitangan keselamatannya sebagai polis bantuan untuk mengurangkan kadar jenayah yang berlaku di dalam kampus.
  • Sebuah balai polis berhampiran UiTM Puncak Alam akan beroperasi tidak lama lagi untuk memastikan keselamatan mahasiswa di sana lebih terjamin.

UiTM Tawar Program Pengajian Jarak Jauh Percuma Kepada Polis

SHAH ALAM, 14 Julai (Bernama) -- Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan menawarkan program pengajian jarak jauh peringkat Diploma kepada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) secara percuma, kata Naib Canselornya Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar.

Program pengajian percuma ini terbuka kepada para anggota polis berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia dan iklan serta butiran lanjut mengenainya akan dikeluarkan tidak lama lagi, katanya semasa Majlis Malam Mesra UiTM-PDRM di sini.

Beliau berkata sungguhpun percuma para anggota PDRM yang mengikuti program ini nanti perlu mengekalkan prestasi yang baik dalam pengajian mereka untuk terus menikmati faedah itu.

Selain daripada itu, pihak UiTM juga telah menjalankan program pengambilan khas untuk kemasukan anak-anak anggota polis ke UiTM mulai sesi Julai ini, kata Sahol yang juga merupakan anak anggota polis.


Sementara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar yang mewakili PDRM, mengucapkan terima kasih kepada UiTM kerana memberi peluang kepada anggotanya untuk memperbaiki diri di dalam bidang akademik dan kerjaya masing-masing.

Mengenai permohonan UiTM Induk di sini untuk menyerapkan kakitangan keselamatannya sebagai polis bantuan, Khalid berkata beliau akan cuba membantu supaya permohonan itu dapat disegerakan.

Buat masa ini permohonan UiTM itu masih lagi di dalam proses untuk mendapat kelulusan pihak atasan pasukan itu, katanya.

Sumber : BERNAMA




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...