About Me

My photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

Monday, July 26, 2010

UiTM Juara Liga IPT 2010

Kapten UiTM menerima trofi kejuaraan daripada Omar (kiri) selepas muncul juara edisi sulung Kejohanan Bola Sepak Liga IPT 2010.

UiTM juara Liga IPT


SEPERTI diduga, pasukan Universiti Teknologi Mara (UiTM) muncul juara Kejohanan Bola Sepak Liga IPT 2010 edisi pertama apabila mengalahkan pasu- kan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 3-0 pada perlawanan akhir di Stadium UiTM, Shah Alam malam tadi.

Turun sebagai pasukan pilihan, UiTM yang membariskan tujuh tonggak dalam skuad Harimau Muda B dan juga Sukan Malaysia (Sukma) XIII, jelas bukan tandi- ngan UKM pada aksi penentuan bagi merebut Piala Menteri Pengajian Tinggi itu yang baru diperkenalkan tahun ini.

Bagi UiTM pula, kejayaan ini juga sudah semestinya mengukuhkan lagi reputasi mereka sebagai pasukan terhebat di kalangan IPT, sekali gus menaikkan lagi imej universiti tersebut sebagai pusat kecemerlangan bola sepak IPT.


Pada aksi semalam, gol pertama UiTM dijaringkan Amirridzwan Taj (12) sebelum Fazrul Razi menambah gol kedua pada minit ke-37.

Manakala gol ketiga diperoleh menerusi jaringan sendiri pemain UKM, Muhammed Suffian pada minit ke-82.

Jurulatih UiTM, Omar Ali merupakan insan paling gembira dengan kejayaan anak-anak buahya itu yang disifatkannya sebagai membalas kepercayaan beliau terhadap kemampuan dan kualiti sebenar yang ada dalam diri pemainnya sepanjang kejohanan ini.

"Kami memang menyasarkan untuk menjadi juara kejohanan ini sejak dari awal lagi. Selaku pusat kecemerlangan sukan, UiTM perlu memenangi kejohanan ini.

"Saya berpuas hati dengan prestasi para pemain yang dilihat semakin menunjukkan peningkatan.

"Mengenai aksi malam ini (semalam), para pemain saya bermain agak perlahan selepas mendahului 2-0 tetapi saya bersyukur kami berjaya menambah jaringan, sekali gus memenangi kejohanan ini," kata Omar.

Sementara itu, jurulatih UKM, Sulaiman Hussin tetap gembira dengan pencapaian pasukannya yang tetap berjaya mencapai misi melangkah ke final meski- pun gagal menyekat kehebatan UiTM.

"Saya akui pasukan UiTM memang kuat dan berhak untuk memenangi kejo- hanan ini.

"Manakala bagi UKM, kejayaan layak ke final dianggap suatu pencapaian yang terbaik dan sudah tentu saya berpuas hati dengan apa yang kami lakukan."

Dengan berakhirnya Kejohanan Bola Sepak Liga IPT 2010 edisi pertama ini, UiTM yang dinobatkan juara akan membawa pulang hadiah wang RM30,000 dan piala iringan.

Manakala bagi naib juara, UKM pula menerima hadiah wang tunai RM15,000.

Tempat ketiga kejohanan ini pula menjadi milik Politeknik Kota Bharu (PKB) yang telah menewaskan Universiti Teknologi Mara Sarawak (UiTM'S) 3-1 menerusi penalti setelah terikat 2-2 pada pe- nentuan ketiga dan keempat di gelanggang yang sama kelmarin.

PKB membawa pulang wang tunai RM10,000 manakala UiTM'S tidak pulang dengan tangan kosong apabila turut menerima hadiah wang tunai RM5,000.

Anugerah penjaring terbanyak dimenangi Mohd. Faizuddin Manjur (17 gol), pemain terbaik final milik Fahrul Razi (UiTM) dan UiTM dipilih pasukan paling bersih.

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Omar Abd. Rahman.

Sumber : Kosmo!


MASSA mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak UiTM atas kejayaan yang telah dicapai!






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...