About Me

My photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

Wednesday, July 28, 2010

Minggu Matematik: Pertandingan Mereka Banner, Poster dan Banting




Kelab Matematik
dan Pusat Pengajian Matematik Fakulti Sains Komputer dan Matematik, UiTM Shah Alam sedang menganjurkan pertandingan mereka banner, poster dan bunting untuk Minggu Matematik 2010. Rekaan terbaik akan digunakan untuk tujuan mempromosikan Minggu Matematik 2010 yang bakal diadakan kelak.

Setiap penyertaan yang berjaya akan diberikan sijil penyertaan manakala tiga rekaan terbaik yang dipilih akan memenangi hadiah berikut:
  • Tempat pertama : RM100
  • Tempat kedua : RM 75
  • Tempat ketiga : RM50
Tarikh akhir menghantar penyertaan adalah pada 6 Ogos 2010 (Jumaat).

Setiap penyertaan yang dihantar adalah termasuk banner, poster dan bunting dengan tema yang sama. Semua penyertaan adalah berbentuk 'softcopy' dan juga salinan bercetak di kertas bersaiz A4.

Segala maklumat yang perlu ada pada rekaan banner, poster dan bunting boleh dilihat pada link yang diberikan di bawah:

Sebarang pertanyaan dan penyertaan sila hubungi:
Ahmad Zharif Salami di talian 019-756 4130






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...