MASSA mengucapkan syukur dan selamat pulang ke Malaysia kepada para pelajar semester enam Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) yang berpraktikal di Turki yang telah selamat tiba di KLIA pada 1 Mei 2010 (Sabtu) jam 8.40 pagi.
Mereka yang berlepas ke Turki pada 24 Disember 2009 lalu selesai menjalani latihan praktikal selama empat bulan di sana. Ketibaan mereka di tanah air disambut oleh ahli keluarga dan sahabat handai yang tidak sabar menanti kepulangan mereka. Semoga segala ilmu dan kemahiran yang dipelajari di perantauan akan dapat dikongsikan serta dipraktikkan sebaiknya untuk masa depan industri media di Malaysia.