About Me

My photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

Tuesday, May 11, 2010

PTAR Terima Anugerah Perpustakaan Cemerlang

Perpustakaan UiTM cemerlang

KUALA LUMPUR: Perpustakaan Tun Abdul Razak, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, dipilih pemenang Anugerah Perpustakaan Cemerlang (APC) Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) 2009 bagi kategori Perpustakaan Besar pada majlis penyampaian di Auditorium Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) di sini, semalam.
Dua pemenang lain Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Pusat Maklumat dan Perpustakaan (Infolib) Bernama masing-masing bagi kategori Perpustakaan Sederhana dan Perpustakaan Kecil dengan setiap pemenang menerima sijil, wang tunai RM5,000, piala pusingan dan piala iringan.

Majlis penyampaian anugerah disempurnakan Ketua Pengarah PNM, Datuk Raslin Abu Bakar. Pada majlis sama beliau turut menyampaikan sumbangan khas kepada perpustakaan terpilih iaitu Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB), Majlis AIDS Malaysia dan Perpustakaan St Nicholas Home.

Dalam majlis itu, tiga graduan iaitu dua graduan ijazah sarjana dan seorang graduan sarjana muda turut diraikan apabila ketiga-tiganya dipilih sebagai pemenang Hadiah Pelajar Terbaik Sains Perpustakaan dengan masing-masing menerima wang tunai RM500, sijil dan plak.

Turut hadir, Naib Yang DiPertua (YDP) I PPM, Prof Madya Dr Mohd Sharif Mohd Saad dan Naib YDP II PPM, Maimunah Kadir.

Sementara itu, Raslin menasihatkan pustakawan untuk menjadikan diri mereka diperlukan dan penting walaupun dunia teknologi maklumat berkembang dengan pantas.

berkata, perpustakaan, pustakawan dan persatuan pustakawan harus berganding bahu dan membabitkan diri dalam wacana, forum dan perbincangan mengenai akses kepada maklumat. memandangkan akses kepada maklumat adalah faktor kritikal dalam perkembangan masyarakat.

Beliau turut Tidak ketinggalan, katanya, PPM turut memberi pengiktirafan kepada perpustakaan dan pustakawan yang memberi sumbangan dalam meningkatkan perkhidmatan perpustakaan dan profesion kepustakawanan.

“Apa yang diharapkan, anugerah seperti Hadiah Pelajar Terbaik, Anugerah Tokoh Pustakawan, Anugerah Pustakawan Harapan dan Anugerah Perpustakaan Cemerlang dapat dijadikan semangat untuk sama-sama menajukan profesion ini,” katanya dalam Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PPM tahun 2009/2010 dan Anugerah Perpustakaan Cemerlang PPM 2009 di Auditorium PNM, d sini.

APC yang pertama disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri semasa Gala Dinner Perayaan Jubli Emas PPM pada 6 April 2006 dengan Perpustakaan Sultanah Zanariah, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) adalah pemenang pada tahun 2005.

Bagi tahun 2007, Pustaka Negeri Sarawak dan Pusat Sumber Petroleum, Petronas masing-masing menjadi pemenang bagi kategori Perpustakaan Besar dan Sederhana.

APC diadakan setiap dua tahun bermula 2005 bagi mengiktiraf perpustakaan yang berperanan dalam mewujudkan masyarakat yang berilmu dan progresif selain meningkatkan imej perpustakaan dan profesion kepustakawanan serta menilai perkembangan dan pencapaian pelbagai perpustakaan di Malaysia.

Sumber : myMetro

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...