About Me

My photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

Monday, March 15, 2010

Pesta Buku Antarabangsa KL 2010


Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur kembali lagi untuk penganjuran kali ke-29. Pesta buku yang dinanti-nantikan setiap tahun ini adalah anjuran Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), Kementerian Pelajaran Malaysia serta Majlis Industri Buku Malaysia (MBIC). Butiran program dengan tema "Buku: Lakaran Masa Depan" ini adalah seperti berikut:

Tarikh: 19 hingga 28 Mac 2010
Masa:
  • Isnin hingga Khamis - 10.00 pagi hingga 8.00 malam
  • Jumaat hingga Ahad & Cuti Umum - 10.00 pagi hingga 9.00 malam
Tempat: Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur

Pelbagai syarikat penerbitan dalam dan luar negara akan turut serta dalam pesta buku ini. Dapatkan buku-buku pelbagai genre pilihan anda dengan harga yang terhebat.

JANGAN LEPASKAN PELUANG!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...