Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEP) UiTM akan menganjurkan Hari Bertemu Pelanggan 2010 seperti berikut:
Tarikh: 17 dan 18 Mac 2010 (Rabu dan Khamis)
Tempat: Menara SAAS, Dewan Sri Budiman dan Dewan Annex
Majlis perasmian akan disempurnakan oleh Y. B. Dato Seri Mohamad Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia pada 17 Mac 2010 jam 9.30 pagi di Dewan Sri Budiman.
SEMUA DIJEMPUT HADIR
Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media juga tidak ketinggalan untuk membuka gerai pameran pada program ini.