MASSA ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan takziah buat keluarga Allahyarham Tan Sri Sulaiman Daud yang telah kembali ke rahmatullah pada Selasa, 23 Mac 2010 pada usia 77 tahun. Buat pengetahuan semua, Allahyarham merupakan bekas Pro-Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) dari tahun 2000 hingga 2005. Bersama kita sedekahkan al-Fatihah buat Allahyarham semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan mereka yang beriman. al-Fatihah..