About Me

My photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

Tuesday, March 02, 2010

75% Tidak Setuju Penggunaan Palang Automatik


Berikut merupakan keputusan undian yang telah dijalankan dalam blog MASSA sepanjang Januari dan Februari. Topik yang dipilih adalah berkaitan penggunaan sistem palang automatik di hampir setiap tempat letak kereta dalam UiTM Shah Alam. Kawasan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media juga tidak terkecuali.

Selepas undian ditutup, seramai 140 orang pengunjung telah mengundi dan 75% (106 pengundi) tidak bersetuju dengan penggunaan palang automatik tersebut manakala 17% (24 pengundi) bersetuju dan selebihnya 7% (10 pengundi) mengambil sikap berkecuali.

Setakat entri ini ditulis, rundingan untuk membuka palang automatik tersebut selepas waktu pejabat dan ketika cuti hujung minggu masih gagal kerana pelaksanaannya masih belum terlaksana hingga kini. Semoga pihak-pihak berkenaan mendengar pandangan dan pendapat setiap golongan kategori, pelajar dan juga staf dalam mengendalikan isu ini.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...