About Me

My photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

Tuesday, February 16, 2010

Pelajar FKPM Dalam Kosmo! Hari Ini

Keyakinan faktor kejayaan Ema

Ema Fadilah berpendapat sesuatu yang dilakukan kerana minat mampu membuahkan hasil yang membanggakan.

GADIS cantik dan mempunyai ramai kenalan adakalanya menerima persepsi negatif daripada masyarakat. Mereka menyimpulkan golongan itu lebih gemar menghabiskan masa bersosial berbanding mengutamakan pelajaran.

Remaja minggu ini, Ema Fadilah Ahmad, 24, mempunyai pandangan tersendiri.

Mesra dipanggil Ema, dia baru menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Media (Perhubungan Awam) dengan purata nilai gred kumulatif (PNGK) 3.8. Pencapaian membanggakan itu telah melayakkan Ema menerima Anugerah Naib Canselor pertengahan tahun ini kerana mendapat Anugerah Dekan.

Menurut Ema, dia bangkit daripada kegagalan pertama untuk membuktikan kepada keluarga dan teman-teman bahawa dirinya boleh berjaya dengan bidang yang diminati.

Untuk mengenali Ema dengan lebih rapat, GenK mengajukan beberapa soalan kepadanya.

GenK: Apakah maksud kecantikan kepada anda?

EMA: Pada saya, Tuhan telah menganugerahkan kecantikan kepada setiap insan melalui pelbagai aspek. Kecantikan tidak semestinya dinilai dari aspek luaran atau fizikal sahaja. Ia juga boleh dinilai dalam bentuk kerohanian.

Bagaimana jika saya katakan anda adalah gabungan cantik dan cerdik?

Jika kata saya cantik, mungkin itu bonus daripada Tuhan. Pendidikan amat penting dalam dunia sekarang kerana ia menentukan di mana kita berdiri pada masa akan datang dan pandangan orang ramai kepada kita. Rupa yang cantik tidak ada gunanya jika kita tidak mempunyai pemikiran yang waras.

Anda kata anda telah bangkit daripada kegagalan. Apa maksud kegagalan kepada anda?

Sebelum ini saya melanjutkan pelajaran dalam bidang yang dipilih oleh bapa saya iaitu bidang sains. Keputusan saya tidak begitu cemerlang kerana minat saya adalah dalam bidang perhubungan awam.

Kemudian saya memohon untuk melanjutkan dalam kursus Komunikasi dan Media tanpa pengetahuan bapa. Kini saya telah buktikan bahawa saya boleh berjaya dalam bidang yang saya minati.

Mengapa anda rasa komunikasi amat penting kepada graduan?

Walaupun mempunyai pendidikan tinggi di peringkat ijazah atau sarjana, kemahiran komunikasi adalah sangat penting dalam mencapai cita-cita mereka. Ia menambah keyakinan diri terutama ketika berhadapan dengan bakal majikan. Bahasa tubuh dan penampilan yang menarik juga merupakan salah satu cara kita berkomunikasi dengan orang ramai. - JULIA ISMAIL


Buat pengetahuan semua, Ema Fadilah seperti di atas sebenarnya masih lagi menuntut di semester enam dan kini sedang menjalani latihan praktikal.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...