
Untuk pengetahuan anda, Tasnim merupakan bekas Presiden IPRMSA pada semester Disember 2008 - April 2009, juga merupakan pendebat UiTM selain antara pelajar terbaik di FKPM. Gambar di sebelah diambil ketika Program Ramah Mesra Pelajar Baru yang diadakan pada semester lepas.
MASSA mengucapkan selamat berangkat dan selamat menjalani latihan praktikal kepada beliau. Semoga sentiasa berada dalam keadaan dan kesihatan yang terbaik ketika berada di sana.
Buat pengetahuan semua, sembilan pelajar sudah ke Turki, empat sudah ke Amerika Syarikat, seorang sudah ke Perancis dan kini seorang bakal ke Australia, masih ada beberapa lagi pelajar sebenarnya yang masih menunggu untuk berangkat ke luar negara.