About Me

My photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

Sunday, January 10, 2010

PPW 2009 Program Pilihan Semester Lepas



Melalui undian yang dibuka dalam blog ini, seramai 20 orang pelajar telah mengundi dan Program Pemantapan Wawasan(PPW) telah dipilih sebagai program pilihan semester lepas. PPW semester lepas merupakan program anjuran MASSA dan FKPM yang paling mendapat sambutan dimana lebih 90% peserta (pelajar baru) hadir dalam program yang melibatkan tiga sesi iaitu pagi, petang dan malam. PPW juga merupakan program pertama kerjasama terjalin antara MASSA dengan Kelab-kelab dalaman FKPM.

Ditempat kedua adalah program Bertamu Di Anjung Raudhah. Program yang diadakan semperna bulan Ramadhan ini merupakan program kerohanian yang julung-julung kalinya diadakan di FKPM. Pengisian program ini adalah ceramah agama, majlis berbuka puasa, solat fardhu maghrib, isyak dan sunat tarawikh secara berjemaah.

Seterusnya adalah Program Ramah Mesra Pelajar Baru. Program ini diadakan sebanyak dua sesi iaitu untuk pelajar baru semester satu (pelajar lepasan STPM/Matrik/Diploma lain) dan pelajar baru semester 3C (pelajar lepasan diploma MassComm dari Melaka). Dalam program ini diselitkan taklimat daripada Timbalan Dekan dan Penasihat MASSA selain memperkenalkan MASSA dan presiden kelab-kelab dalaman FKPM kepada semua pelajar-pelajar baru.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...