About Me

My photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

Saturday, January 02, 2010

Perjumpaan Jawatankuasa PPW 2010







Pada 31 Disember 2009 (Khamis) jam 10.30 pagi di BK7, FKPM telah diadakan perjumpaan kedua MASSA dan Kelab-kelab Dalaman FKPM untuk membincangkan mengenai perjalanan Program Pemantapan Wawasan yang akan diadakan pada 3 Januari 2009. Perjumpaan kali ini telah dipengerusikan oleh Penasihat MASSA, Puan Hariyati Ariffin atau Mama. Seramai 16 orang menghadiri perjumpaan ini.

Mereka terdiri daripada :
  1. MASSA - Meor Iszwan, Abdul Hakim
  2. Journalism Society - Mohd Helmi Irwadi
  3. IPRMSA - Sallehin Mokhtar, Suraya Mansor, Norleniakmar
  4. Broadcasting Club - Maisarah Atan, Mohamed Hamzani
  5. AdClub - Nasrul Faiz, Shukry Samsudin
  6. Publishing Club - Raifanabillah, Ahmad Suhaimi, Nurhanisah@Danny
  7. Instructional Community - Muhammad Imran, Wan Ahmad Syahir
  8. INC Club - Mohd Khairie Khalid
Raifanabillah telah diamanahkan untuk menjadi Ketua Projek bagi program kali ini yang tidak melibatkan majoriti AJK MASSA kerana kebanyakkan daripada mereka termasuk Presiden Suhaila Kamal sedang menjalani latihan praktikal. Pada hari yang sama, Raifa sempat berjumpa dengan para pelajar baru semester satu di DK2 untuk memberi sedikit penerangan mengenai program tersebut.

Perjumpaan seterusnya untuk jawatankuasa PPW adalah pada hari Sabtu, 2 Januari 2010 pada jam 11.00 pagi.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...