MASSA akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) 2010 seperti berikut:
Tarikh : 11 Januari 2010, Isnin
Masa : 1.00 tengahari hingga 2.00 petang
Tempat : Dewan Kuliah 1, FKPM
Agenda :
- Ucapan daripada Penasihat MASSA
- Amanat terakhir Presiden Suhaila Kamal dan pembubaran AJK MASSA Sesi 2009
- Pemilihan ahli Majlis Tertinggi AJK MASSA Sesi 2010
- Ucapan daripada mereka yang dilantik menerajui MASSA untuk 2010
Oleh yang demikian, secara tradisi untuk jawatan Presiden MASSA memerlukan pencalonan daripada ahli MASSA iaitu anda semua pelajar FKPM. Anda boleh mencalonkan sesiapa sahaja yang anda lihat berkaliber dan berkebolehan untuk mewarisi legasi kepimpinan MASSA.
Hantarkan butiran ringkas calon pilihan anda ke bilik Penasihat MASSA, Puan Hariyati Ariffin (Mama Masscomm) di aras 5 sebelum Jumaat ini (8 Januari 2010). Calon yang layak untuk bertanding akan ditentukan oleh pihak pengurusan fakulti dan mereka yang layak akan diundi pada AGM yang akan diadakan pada hari Isnin.
Semua ahli MASSA (pelajar FKPM) tanpa mengira program dijemput hadir beramai-ramai ke AGM MASSA yang bakal diadakan. Tunjukkan sokongan anda terhadap Mass Communication Students Association!