Pada hari pengundian 28 Januari 2010 (Khamis) yang lalu, satu risalah berunsur sabotaj, khianat dan fitnah telah disebarkan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) melibatkan seorang calon MPP FKPM yang bertanding iaitu saudara Tashreeq. Pihak MASSA telah berjumpa dengan saudara Tashreeq dan dia telah menafikan mengeluarkan risalah tersebut yang dikaitkan dengan namanya.
Pengedaran risalah tersebut telah menimbulkan kemarahan beberapa pensyarah dan pelajar bukan sahaja di FKPM malahan di Fakulti Pengajian Pentadbiran dan Polisi (FSPPP) dan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR). Kami berharap anda yang telah membaca risalah tersebut agar tidak mempercayainya dan bertenang kerana ianya adalah perbuatan pihak tidak bertanggungjawab yang melakukan sabotaj ke atas calon MPP.
Buat pengetahuan semua, mana-mana individu atau kumpulan yang cuba melakukan serangan ke atas saudara Tashreeq atau jentera kempennya samada secara lisan apatah lagi fizikal boleh dikenakan tindakan tatatertib. Perkara ini masih lagi dalam siasatan Bahagian Keselamatan UiTM dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP).
MASSA mengutuk sekeras-kerasnya individu atau kumpulan yang menyebarkan risalah tersebut yang boleh mengancam keselamatan calon MPP yang bertanding dalam pilihanraya.