"Your Rights, Is My Priority"
Salam integrasi kepada semua pelajar FKPM dan rakan-rakan sekalian. Terlebih dahulu ucapan terima kasih dihulurkan kepada pihak yang sudi untuk menyediakan ruangan di dalam blog MASSA ini. Tujuan disini bukanlah untuk sekadar berkempen tetapi untuk memberitahu beberapa perkara yang penting yang boleh dijadikan pengetahuan bersama, agar fakulti kita terus maju dimasa yang akan datang.
Seperti semua sedia maklum tarikh 28/1/2010 adalah tarikh yang penting untuk kita bersama. Ini kerana kita wajib menjalankan tanggungjawab untuk mengundi calon-calon fakulti kita sekalian. Perlu diingatkan bahawa kerjasama dari pihak rakan-rakan sekalian amatlah dihargai, kerana anda semua adalah penentu masa depan fakulti kita. Sokongan anda amat diperlukan untuk kemajuan fakulti bersama.
Saya sendiri sebagai calon pada kali ini merasakan, perkara yang paling penting yang harus diberi perhatian adalah kebajikan rakan-rakan sekalian. Ini kerana hanya rakan-rakan di FKPM sahaja mengetahui masalah disekeliling baik dari segi masalah parking, kelas, jadual yang padat mahupun lain-lain.
Bercakap mengenai masalah parking, rasanya semua rakan-rakan mengalami masalah yang sama terutama yang membawa kenderaan seperti kereta. Jadi, untuk ini saya mengambil langkah intensif dan cuba sedaya upaya untuk sekurang kurangya membuka palang selepas waktu pejabat. Ini kerana kebiasaanya pada waktu tersebut ramai staff telah pulang dan adalah tidak keberatan parking mereka diisi oleh pelajar-pelajar pula.
Perkara yang lain pula yang boleh dibangkitkan ialah mengenai parking motor di FKPM. Secara amnya semua motor diletakkan bersebelahan dengan bukit di tepi fakulti kita. Jadi adalah tidak salah untuk menurap tempat tersebut dengan “tar” dan berbumbung.Ini kerana di fakulti lain parking motor mereka sudah mempunyai bumbung, jadi peluang untuk fakulti kita mendapatkannya adalah sangat cerah. Insyaallah,jikalau diberi peluang saya akan cuba sedaya upaya mengusahakannya. Walaupun tidak dapat digunakan pada masa sekarang tetapi keperluan untuk adik-adik dimasa hadapan juga.
Banyak lagi sebenarnya perkara yang saya ingin kongsi bersama seperti surau, kelas, bilik aktiviti pelajar dan lain-lain. Keutamaan ini dan perkara lain akan saya bawakan ke atas pada masa depan. Perkara yang paling penting sekarang ialah rakan-rakan semua haruslah mengundi bakal calon yang dirasakan beribawa dan mampu membuat tugas yang diberikan dengan sebaiknya. Turunlah mengundi kepada rakan-rakan sekalian, sedikit pengorbanan dari anda membawa impak yang sangat besar di dalam fakulti kita.
Tidak kiralah daripada mana pun “sequence” anda, saya percaya kita di FKPM mempunyai 1matlamat dan 1tujuan yang sama kearah menjadikan “1masscomm”.
Ingatlah, sesiapa pun calon MPP yang menang pada kali ini, kita semua haruslah memberikan kerjasama kepada mereka demi membangunkan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media bersama. Terima kasih.
Mohamad Izzat bin Ismail
Calon MPP Fkpm 2010/2011
EKSKLUSIF - Artikel di atas ditulis sendiri oleh Calon MPP Fakulti Komunikasi & Pengajian Media yang bertanding! Hanya untuk Blog MASSA!