About Me

My photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

Sunday, January 17, 2010

Beri Kebebasan Pelajar Bersuara

Datuk Saifuddin Abdullah
(Timbalan Menteri Pengajian Tinggi)


IPT tidak boleh sekat kebebasan bersuara siswa

KUALA LUMPUR: Pentadbiran universiti tidak boleh menyekat kebebasan bersuara mahasiswa yang disuarakan melalui sudut pidato yang diwujudkan kembali selepas diharamkan pada 1971.


Sehubungan itu, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, mengingatkan pentadbiran universiti supaya tidak menghalang ‘kebebasan’ itu dengan menetapkan pelbagai syarat bagi mahasiswa yang ingin bersuara.


“Sudut pidato adalah satu kejayaan suara mahasiswa, oleh itu, pihak universiti perlu memberi kepercayaan kepada pelajar menguruskannya dan juga beri kebebasan mereka bercakap.

“Jangan terlalu banyak sangat syarat kepada mereka (mahasiswa) untuk menggunakan sudut pidato... saya dengar ada universiti suruh mahasiswa isi borang tertentu dan sebagainya terlebih dulu, ini (sudut pidato) bukannya pertandingan.

“Kementerian Pengajian Tinggi tidak pernah meletakkan sebarang syarat kepada mahasiswa untuk menggunakan sudut pidato, tetapi pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) universiti boleh memantaunya,” katanya kepada Berita Minggu, semalam.

Selepas hampir tiga dekad sudut pidato diharamkan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menjadi perintis kepada program itu selepas ia diperkenalkan kembali tahun ini.

Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Datuk Zaini Ujang, bagaimanapun berkata, pelajar perlu bertanggungjawab terhadap apa yang disampaikan dan bersedia menerima hukuman sekiranya melanggar garis panduan ditetapkan universiti.



Mungkin suatu hari nanti kita akan lihat Sudut Pidato aktif di fakulti kita, bukankah pelajar komunikasi hebat dalam berkata-kata?





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...