About Me

My photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

Tuesday, October 13, 2009

Penggunaan Dewan/Bilik Kuliah Untuk Temuduga Pelajar Baru


Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) akan mengadakan sesi temuduga bagi Pengambilan Pelajar Baru Peringkat Ijazah Sarjana Muda Sesi Disember 2009 pada 19 dan 20 Oktober 2009 (Isnin dan Selasa) jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Sehubungan dengan itu, beberapa dewan/bilik kuliah akan digunakan untuk tujuan tersebut. Dewan/bilik kuliah yang terlibat adalah:
  • Dewan Kuliah 1
  • Dewan Kuliah 2
  • Dewan Kuliah 3
  • Bilik Kuliah 10
  • Bilik Kuliah 11
  • Bilik Kuliah 13
  • Bilik Kuliah 14
  • Bilik Kuliah 15
  • Bilik Kuliah 16
  • Bilik Kuliah 17
Oleh yang demikian, para pelajar harus berbincang dengan pensyarah masing-masing untuk mencari bilik kuliah lain bagi menggantikan kuliah pada waktu berkenaan.

Kerjasama class rep adalah diharapkan untuk membuat semakan secara teliti ketika menempah kelas di pejabat bagi mengelak berlakunya masalah pertindihan tempahan kelas pada waktu yang sama.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...