About Me

My photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

Tuesday, September 01, 2009

Perhatian Kepada Semua AD-HOC


Perhatian kepada semua ad-hoc program 'Bertamu Di Anjung Raudah', sesi taklimat akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 2 September 2009 (Rabu)
Masa : 12.30 tengah hari
Tempat : Dewan Kuliah 1, FKPM

Hampir kesemua ad-hoc yang telah terpilih telah dimaklumkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), kepada yang lainnya sila semak nama anda di notis yang di tampal di aras satu fakulti (board hadapan lif, board MASSA dan juga sebelah board Kesatria Negara).

* Ad-hoc yang mempunyai masalah untuk hadir di sesi taklimat kerana kuliah atau tugasan luar, sila luangkan masa anda untuk ke Bilik Gerakan MASSA dan berjumpa dengan mana-mana AJK MASSA yang ada ketika itu untuk taklimat mengenai program.


MASSA mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua ad-hoc yang telah terpilih untuk membantu kami dalam menjayakan program 'Bertamu Di Anjung Raudhah'. Kami berbesar hati kerana mereka yang sudi menjadi ad-hoc ini mewakili kelapan-lapan sequence yang ada di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media dan tambah mengembirakan adalah matlamat untuk memberi keutamaan kepada pelajar semester satu hingga tiga tercapai dengan 86% daripada ad-hoc yang terpilih adalah terdiri daripada pelajar semester satu, dua dan tiga.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...