About Me

My photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

Wednesday, August 12, 2009

Perjumpaan Bersama Timbalan Dekan FKPM






Pada 11 Ogos 2009 (Selasa) yang lalu telah diadakan perjumpaan antara kepimpinan pelajar di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) bersama Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Sumber, Prof Madya Jamaluddin Abdul Rashid dan penasihat aktiviti pelajar FKPM, En. Abu Yamin. Perjumpaan selama hampir dua jam yang berlangsung dari jam 12.30 tengah hari hingga 2.00 petang ini telah diadakan di Dewan Kuliah 2, FKPM.

Perjumpaan ini telah dihadiri oleh:
  • Saudara Akmal (Majlis Perwakilan Pelajar)
  • 2 wakil daripada SMF
  • 11 wakil daripada MASSA
  • 3 wakil daripada Journalism Society
  • 3 wakil daripada IPRMSA
  • seorang wakil daripada Broadcasting Club
  • 3 wakil daripada Publishing Club
Perjumpaan telah dimulakan dengan amanat daripada Timbalan Dekan yang memberi harapan agar setiap kelab dan persatuan di FKPM dapat menjalankan aktiviti sebaiknya kerana mereka menjadi imej kepada fakulti. Beliau juga memberikan ucapan tahniah kepada MASSA kerana menunjukkan prestasi yang baik semenjak semester lepas selain mengharapkan setiap kelab dan persatuan di FKPM dapat bersatu dengan lebih utuh tanpa berpuak-puak.

Antara perkara lain yang dibincangkan dalam perjumpaan ini adalah:
  1. Isu wang Tabung Amanah Pelajar yang sememangnya untuk kegunaan pelajar dan setiap kelab dan persatuan harus menjalankan pelbagai aktiviti agar wang dari tabung dapat digunakan sebaiknya.
  2. Penstrukturan kelab dan persatuan di FKPM dimana aras teratas adalah Dekan, Timbalan Dekan, diikuti oleh penasihat aktiviti pelajar (En. Abu Yamin dan Pn. Hariyati), kemudian MPP dan dibawahnya ada dua cabang iaitu SMF dan MASSA. Setiap kelab dalaman di FKPM iaitu Journalism Society, IPRMSA, Broadcasting Club, AdClub, Publishing Club dan IIM adalah terletak di bawah MASSA. (kedudukan U-Vue Club masih tidak dapat disahkan)
  3. MASSA berperanan dalam meningkatkan kemahiran professional dan 'soft skills' di kalangan pelajar melalui pembabitan kelab dalaman di FKPM serta bekerjasama dengan SMF dalam menjayakan aktiviti pelajar FKPM atau aktiviti yang dianjurkan fakulti.
  4. SMF berperanan membantu MPP menyelaras program HEP UiTM ke arah pemantapan kepimpinan, kerohanian dan kebajikan pelajar FKPM serta bekerjasama dengan MASSA dalam menjayakan aktiviti pelajar FKPM atau aktiviti yang dianjurkan fakulti.
  5. Setiap aktiviti kelab dan persatuan harus dimaklumkan kepada MASSA bagi mengelak pencanggahan tarikh aktiviti.
  6. Satu kempen pencegahan H1N1 peringkat fakulti akan dianjurkan bersama dan setiap kelab berperanan untuk mengingatkan ahlinya tentang pencegahan virus ini.
  7. MPP, SMF dan kelab-kelab dalaman boleh menggunakan Bilik Edit sebagai bilik gerakan dan untuk meletakkan fail-fail berkaitan. (MASSA mempunyai bilik gerakan sendiri di aras 1 bersebelahan dengan lif manakala Journalism Society pula menggunakan News Room sebagai bilik gerakan mereka)
  8. Makluman bahawa bilik aktiviti pelajar di aras satu akan dijadikan virtual studio untuk kegunaan para pelajar Penyiaran.
  9. Cadangan meletakkan mesin pencetak dan mesin fotostat berbayar di fakulti oleh saudara Akmal (MPP).
  10. Cadangan penganjuran Malam Pra Graduan (MPG) untuk pelajar Ijazah dan juga penerbitan majalah rasmi fakulti oleh MASSA.
Perjumpaan sebegini adalah amat bermanfaat untuk mencapai matlamat menyatukan seluruh warga fakulti melalui peranan kelab-kelab dalaman. Diharap perjumpaan antara kepimpinan pelajar di FKPM ini dapat dijalankan secara berterusan demi kebaikan bersama dengan semangat Satu MassComm!

MASSA mengucapkan terima kasih atas kesudian Prof Madya Jamaluddin dan Encik Abu Yamin meluangkan masa berjumpa dengan wakil-wakil kelab dan persatuan di FKPM.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...