About Me

My photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

Thursday, August 06, 2009

Pameran Persatuan/Kelab Pelajar UiTM 2009


Pada 3 dan 4 Ogos 2009 yang lalu telah diadakan Hari Bertemu Pelanggan & Pameran Persatuan / Kelab Pelajar UiTM 2009 di Dataran Cendekia, UiTM Shah Alam. Program ini adalah anjuran Pusat Kegiatan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni.

Matlamat utama pameran ini diadakan adalah untuk memperkenalkan kelab-kelab yang berdaftar di bawah HEP disamping memberi peluang kepada kelab-kelab berkenaan untuk mempromosikan kelab masing-masing dan mencari ahli-ahli baru.

Dalam pameran dua hari tersebut, satu-satunya kelab dari Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media yang dijemput untuk membuka booth pameran adalah Kelab Penerbitan atau Publishing Club. Sijil penyertaan diberikan kepada setiap kelab yang mengambil bahagian.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...