About Me

My photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

Saturday, August 08, 2009

Kawalan Penyebaran ILI dan H1N1 Di UiTM


Berikut adalah satu pekeliling yang dikeluarkan oleh Bahagian Hal Ehwal Akademik UiTM berkaitan pengawalan penyebaran influenza-like-illness (ILI) dan Influenza A H1N1 di Universiti Teknologi MARA (UiTM).


klik pada imej untuk bacaan lebih jelas


Maklumat penting dalam pekeliling di atas adalah :

  1. Sebelum memulakan kelas, semua pensyarah dikehendaki menggunakan beberapa minit pertama sesi pengajaran untuk bertanya dan mengingatkan pelajar mengenai wabak penyakit ILI dengan mengajukan soalan sekiranya ada di kalangan pelajar yang mempunyai tanda-tanda ILI iaitu batuk, sakit tekak, lenguh sendi dan/atau demam panas.
  2. Bagi setiap pelajar yang mempunyai tanda-tanda tersebut, pensyarah dikehendaki:
  • melengkapkan Borang Pengesahan Tanda-Tanda Sakit ILI dan mengarahkan pelajar untuk segera pergi ke Pusat Kesihatan untuk pelajar mendapatkan rawatan dan nasihat doktor perubatan.
  • menegah pelajar dari mengikuti mana-mana sesi pembelajaran sebelum bertemu doktor perubatan.

Baca lampiran berikut berkaitan apa yang perlu anda lakukan jika ada tanda-tanda ILI :

klik pada imej untuk bacaan lebih jelas





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...