Dua lagi korban H1N1
SEGAMAT, 9 Ogos - Jumlah kematian akibat Influenza A (H1N1) di negeri ini terus meningkat apabila dua lagi mangsa terkorban membabitkan seorang pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) dan seorang bayi perempuan berusia 16 bulan di Johor Bahru.
Dalam kes pertama, seorang penuntut UiTM Segamat meninggal dunia di Hospital Segamat, kira-kira jam 8 malam.
Siti Aisyah Koestiadi, 23, penuntut tahun akhir Ijazah Perakaunan berasal dari Kampung Bukit Bintang di sini, masuk ke hospital sejak 2 Ogos sebelum dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).
Pengarah Kesihatan negeri, Dr Mohd Khairi Yakub, berkata penuntut wanita berusia 23 tahun itu dimasukkan ke hospital pada 2 Ogos lalu dan dia dipindahkan ke ICU sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 8 malam kelmarin. (7 Ogos 2009)
“Mangsa disahkan meninggal dunia kerana mempunyai masalah obesiti dan pneumonia,” katanya.
Seorang ahli keluarganya yang enggan dikenali berkata, Siti Aisyah tinggal menyewa bersama rakan di sebuah rumah Kampung Lubok Batu di Jalan Muar-Segamat.
Dia dipercayai demam panas dan masukkan ke hospital sejak seminggu lalu apabila keadaannya bertambah kritikal.
“Selepas cuti semester dipinda awal, sepatutnya Siti Aisyah balik semua ke universiti untuk menduduki peperiksaan kerana pengajiannya bakal habis tidak lama lagi,” katanya.
Menurutnya, arwah Siti Aisyah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Bintang, di sini, pagi semalam.

Sumber diambil daripada myMetro (Setempat)
Penyebaran virus Influenza A H1N1 kini berada ditahap sangat membimbangkan dan mencatatkan penambahan jumlah kematian dari hari ke hari. Pelajar dinasihatkan agar tidak memandang remeh tentang perkara ini, kami di pihak MASSA menyeru agar para pelajar mengambil langkah-langkah perlindungan yang perlu seperti memakai topeng muka, kerap minum air masak, kerapkan mencuci tangan dan kurangkan aktiviti di tempat khalayak ramai.
Dapatkan rawatan segera sekiranya ada mempunyai tanda-tanda seperti demam, sakit tekak, selesema dan batuk yang berlarutan, sukar bernafas, sakit badan dan sakit kepala. Sekiranya anda tidak yakin dengan perkhidmatan yang diberikan oleh Pusat Kesihatan UiTM, anda seharusnya mendapatkan pemeriksaan lanjutan di klinik swasta atau hospital. Sila patuhi peraturan sekiranya anda diarahkan untuk dikuarantin.
Cegah sebelum terkena, H1N1 kini ancaman kepada negara!