About Me

My photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

Thursday, August 20, 2009

Banner Kempen Mencegah H1N1 Dinaikkan








Pada petang 19 Ogos 2009 (Rabu), telah dinaikkan banner Kempen Mencegah H1N1 peringkat Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM). Kempen ini dianjurkan oleh MASSA dengan kerjasama semua kelab-kelab dalaman di FKPM termasuk SMF dan juga MPP.

Banner utama kampen ini diletakkan di kawasan bukit laluan masuk ke fakulti. Apa yang menariknya semasa memasang banner Kempen Mencegah H1N1, kami telah diberikan satu lagi banner berkaitan H1N1 oleh individu yang tidak diketahui yang berhenti menaiki kereta dan menyerahkan banner tersebut kapada kami untuk dipasang di sebelah banner kempen.

MASSA berbesar hati untuk memaklumkan bahawa fakulti kita antara fakulti yang mula-mula melancarkan kempen pencegahan Influenza A H1N1 sebegini di peringkat fakulti di UiTM Shah Alam. Kempen ini diharap dapat menyokong kempen utama yang dilakukan oleh Pusat Kesihatan UiTM.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...