About Me

My photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

Thursday, July 16, 2009

UiTM Melaka Ditutup Akibat Influenza A (H1N1)


UiTM Lendu ditutup 9 hari

MELAKA 16 Julai – Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Lendu, Alor Gajah dekat sini ditutup selama sembilan hari mulai hari ini sehingga 24 Julai ekoran penularan wabak selesema babi atau influenza A (H1N1) ke atas pelajarnya yang semakin meningkat.

Ekoran 10 kes terbaru H1N1 di negara ini dengan sembilan daripadanya melibatkan penuntut Kampus Lendu, Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan arahan petang ini supaya kampus itu ditutup sembilan hari.

Lewat petang ini, sekumpulan kakitangan dari Kementerian Kesihatan dilihat memasuki kampus tersebut dan pergi dari kolej ke kolej untuk memaklumkan mengenai penu tupan universiti itu.

Tinjauan Utusan Malaysia menda pati laluan pintu masuk mula sibuk dengan kereta keluar dan masuk apa bila ibu bapa mula datang untuk mengambil anak masing-masing.

Tidak kurang pula pelajar yang berjalan kaki membawa beg pakaian dilihat keluar dari kampus sama ada menaiki teksi dan bas untuk pulang ke rumah masing-masing.

Naib Canselor UiTM, Tan Sri Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini mengesahkan mengenai penutupan Kampus Lendu yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan petang ini.

Beliau berkata, UiTM akur dengan arahan itu yang dibuat sebagai langkah untuk membendung penularan wabak itu daripada menjadi lebih serius.

“Dengan arahan itu, ibu bapa sudah boleh mengambil anak-anak masing-masing mulai hari ini dan esok,” katanya.

Ekoran itu kata Ibrahim, kampus tersebut akan dibuka kepada semua ibu bapa sepanjang tempoh 24 jam untuk mengambil anak masing-masing.

Bagi pelajar yang tinggal jauh dari Melaka pula, beliau berkata, mereka masih dibenarkan untuk menetap di kampus berkenaan.

“Bagi pelajar ini, mereka akan di tempatkan di kolej yang bebas daripada jangkitan wabak ini,” katanya.

Mengenai pelajar yang dijangkiti wabak itu, katanya, pihak Kementerian Kesihatan dan universiti telah mengambil langkah yang perlu untuk mengasingkan mereka.

sumber diambil daripada Utusan Online





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...