About Me

My photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

Tuesday, July 28, 2009

Pertandingan Perbarisan SAF 2009


Peserta perbarisan yang mewakili FKPM

Maskot Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media


Gambar koleksi Ahmad Fayadh

Pada 26 Julai 2009 (Jumaat) telah berlangsung Majlis Perasmian Sukan Antara Fakulti (SAF) 2009. Turut dilangsungkan pada malam berkenaan adalah Pertandingan Perbarisan SAF dan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) tidak ketinggalan menyertai pertandingan tersebut.

Sebilangan besar peserta yang mewakili FKPM merupakan pelajar baru semester satu yang menyertai ko-kurikulum Kesatria Negara. Untuk makluman, pertandingan perbarisan SAF untuk tahun ini telah dijuarai oleh Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik (TEKA). Tahniah diucapkan!

MASSA MERAKAMKAN UCAPAN TAHNIAH KEPADA PARA PESERTA YANG SUDI MEWAKILI FKPM DALAM PERBARISAN SAF KALI INI.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...