Pelajar UiTM dilarang sertai perhimpunan
KUALA LUMPUR 31 Julai – Universiti Teknologi Mara (UiTM) memberi amaran keras kepada pelajarnya agar tidak melibatkan diri dalam perhimpunan menyokong atau membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) esok.
Naib Canselornya, Prof. Tan Sri Dr. Ibrahim Abu Shah menegaskan, tindakan mereka menyertai perarakan dan perhimpunan haram di luar kampus adalah satu kesalahan serius kerana ia tidak mendapat permit polis.
``Para pelajar boleh dikenakan tindakan disiplin di bawah Akta Universiti sekiranya didapati menyertai perhimpunan haram sedemikian.
``Mereka juga tidak sepatutnya terlibat dengan agenda politik masa kini, oleh itu pelajar adalah dilarang sama sekali menyertainya,’’ tegasnya ketika dihubungi Utusan Malaysia.
sumber diambil daripada Utusan Online