About Me

My photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

Sunday, April 19, 2009

PERHATIAN: Permohonan Kolej Kediaman



Adalah dimaklumkan bahawa permohonan kolej kediaman untuk sesi Jun - November 2009 akan dibuka mulai 21 April 2009 dan permohonan ditutup pada 4 Mei 2009. Sehubungan dengan itu semua pelajar yang berminat bolehlah membuat permohonan secara 'on-line'.

Sila ikuti arahan permohonan 'on-line' berikut:

klik www.uitm.edu.my
V
masuk ke Student Portal (login ID anda)
V
klik eHEP system
V
login semula seperti Student Portal
V
pilih borang permohonan kolej
V
isikan borang dan klik Hantar

Pelajar boleh menyemak status penempatan (BERJAYA / GAGAL) dengan melayari Student Portal mulai 11 Mei 2009. Bagi pelajar yang berjaya, anda dikehendaki membuat setuju terima tawaran kolej. Pelajar yang membuat setuju terima sahaja yang akan diproses pra pendaftaran. Anda mesti mencetak slip pra pendaftaran sebelum mendaftar. Slip tersebut boleh dicetak mulai 30 Mei 2009.

Berikut adalah cara mencetak slip tersebut:

masuk ke Student Portal (login ID anda)
V
klik eHEP System
V
login semula seperti Student Portal
V
klik slip pra pendaftaran dan Cetak






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...